sNap-SnAp  

Sunday, November 9, 2008

huhuhu siap ader banner agy....

ucop tgh wat demo tuk wat dadih...hehehe

"Kami The Last Curtain"


Si Jejaka2 yg sibuk berbual2 sementara menunggu nk makan2..


Antara Jejaka2 yg wat2 sibuk nk bakar ayam...hehehe

Si Jejaka2 senang memang ayam...yummy...yummy

AddThis Social Bookmark Button


Sebuah Kisah Klasik  

Saturday, November 8, 2008

Jabat tangan ku, mungkin untuk yang terakhir kali
Kita ber-bincang, tentang memori di masa itu
Peluk tubuhku, usapkan juga air mataku
Kita terharu, seakan tiada bertemu lagi

Bersenang-senanglah,
kar’na hari ini akan kita rindukan,
di hari nanti,
sebuah kisah klasik untuk masa depan
Bersenang-senanglah,
kar’na waktu ini akan kita banggakan,
di hari tua, wo~…

[Reff:]
Sampai jumpa kawanku
S’moga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik, untuk masa depan
(x2)

Bersenang-senanglah,
kar’na hari ini akan kita rindukan,
di hari nanti, wo~…

[Reff]

Mungkin diriku, masih ingin bersama kalian
Mungkin jiwaku, masih haus sanjungan kalian

AddThis Social Bookmark Button


BACKSTAGE (TENAGA KERJA BELAKANG TABIR)  

Monday, November 3, 2008

Pelbagai utensil dan peralatan untuk digunakan dalam proses memakan makanan (>_<)


Himpunan jejaka-jejaka pemerap ayam terbaik dalam daerah Kubang Pasu dan Jitra.


Mari gaul ayam! Air tangan terbaik.


Geng pemula api


Brader alas meja.


Brader minyak masak bakar ayam dari Puchong bersama "Kitab Mari Memasak"nya.


Brader epal C-Mart.


Perkakas untuk menyediakan cocktail dan dadih yang sold-out tu!


Makcik-makcik yang sempat bersama-sama menolong meringankan kerja-kerja jejaka-jejaka.


Makcik-makcik penyedia cocktail.


Makcik dan brader penyedia coleslaw ala KFC.


Brader penyedia sos cili dalam pinggan.


Makcik-makcik pemotong epal.

Brader yang sepatutnya menjadi pembakar ayam, emcee dan photographer tetapi lari dari tanggungjawap. Ha Ha Ha

AddThis Social Bookmark Button


REVEALED (2)  

Aksi mulut burung dari chef pastry kita.

"Demo makan dadih yang Ucop buat. Sedap!" Kata Aunty Moha.

Geng-geng KPTM Kota Bharu diganggu raksasa dari Kelantan.


Aksi lapar sekawan batch banjir yang dah menunggu lama untuk saat ini, saat makan.

Makcik-makcik, jaga anak baik-baik ye. Jaga suami masing-masing ye. Takut ada yang salah bini pulak.

Kek yang kata Muffler, dia yang sponsor, padahal guna duit rakyat. Chanteekkk!

Brader, korang jangan mengamuk dulu. Orang dah lapar sungguh ni memang tak boleh nak bergurau sangat. Lapar la katakan.

Muffler tengah slowtalk dengan brader emcee yang cuba lari dari tanggungjawap selepas dapat upah.

Mereka mengamalkan konsep "bekerjasama berganding bahu, tolong menolong bantu membantu" dalam aksi membakar ayam dan sosej.

Ingat, tak semua pembakar ayam akan berbau asap dan berpeluh ye.

AddThis Social Bookmark Button


REVEALED (1)  

Friday, October 31, 2008

First revealed of all picture. Ini cuma sebahagian gambar dari beberapa buah kamera yang ada petang itu. So, kita bercerita dahulu tentang gambar-gambar ini, okay?


Ini adalah geng bakar ayam batch (1) yang mula membakar seawal jam 4pm. Geng ini membantu dalam menghidupkan bara bakar dan setting tempat bakar.


Ini adalah antara tetamu yang paling awal datang. Mereka datang dengan perut yang berkeroncong. Sebelum perut dapat makanan, aksi camwhore pun mengambil tempat. Ok, check out mamat baju hitam tu. Jangan terperanjat jika di dalam gambar-gambar akan datang penuh dengan wajahnya.


Ini pula antara geng-geng yang terlibat dalam proses belakang tabir last minute. Dari menyediakan meja makan sehingga-lah ke proses pengupasan epal. Tapi Ezora di belakang sana tu, akan kekal cekak pinggang sampai semua kerja habis. Macam mandur pula. Atau tak reti kupas epal? :p


Ini adalah geng bakar ayam batch (2) mula mengambil tempat bila geng bakar ayam batch (1) sudah separuh rentung dan berbau asap. Geng ini sangat ramai tetapi ada juga beberapa orang yang tidak berbau asap.


Ini adalah sebahagian (lebih kurang 60 orang) dari batch banjir. Walaupun tak ramai, majlis tetap meriah dengan lawak-lawak sengal dalam proses camwhoring.
[+] Makcik-makcik tu, tolong jaga anak dan laki masing-masing ye. Takut ada yang jatuh tasik ke rentung kena BBQ ke...


Sempena hari terakhir bulan Ramadhan, maka peluang tidak dilepaskan untuk bermain bunga api sisa-sisa peninggalan adik-adik dorang yang dah bosan main bunga api. Tapi ok gak what main (bunga api) ramai-ramai gini. Mengeratkan silaturrahim, kan? Yang datang lenggang, best la dapat main (bunga api) free.


Aksi camwhoring secara berjemaah, mengganti solat maghrib secara berjemaah. Berebut-rebut nak bergambar, mengalahkan mangsa kebuluran mendapatkan bekalan makanan.


Last but not least, camwhoring dari student Accounting. Dapat la merasa bergambar bersama walaupun geng tak cukup sebab ada yang dah balik, tengah bakar ayam, tengah makan "hati" , tengah dok pulun study. Ha...Ha...Ha...

AddThis Social Bookmark Button


THE LAST CURTAIN  

Saturday, October 25, 2008

Ayuh kawan-kawan mana yang duduk atas kerusi di luar kampus atau duduk bersila di kawasan kampus!

Mana yang terbaca pengumuman ini, mana yang terbuka blog ini, sila sebarkan kepada rakan batch banjir yang lain. Ini penting!

Satu pesta makan-makan berbayar akan dianjurkan oleh kawan-kawan kita juga. Ini bukan berorientasikan wang semata-mata seperti kebiasaan pelajar. Ini Betul-betul mahu tolong kawan-kawan.

Sila realisasikan harapan ini!

THE LAST CURTAIN - MAKAN-MAKAN SEMPENA SEMESTER AKHIR KITA BERSAMA
Tarikh : 29 Oktober 2008
Hari : Rabu
Masa : 5pm (kalau nak datang awal, tolong masak-masak, adalah dialu-alukan.)
Dresscode : Baju Batch Banjir
Bayaran : RM8 per orang

Sila konfemkan kehadiran anda (serta bayaran sekali) kepada wakil-wakil kami sebelum 27 Oktober 2008, Ahad ini.

Hubungi : Muffler (Sime Darby), Norman (Sime Darby), Jiji (Sime Darby), Sham (Eon), Ucop (MISC), Athori (Sime Darby).

Pengangkutan tidak disediakan.

REALISASIKAN TAU!

AddThis Social Bookmark Button


MAKAN TAPI TAK BATAL PUASA?  

Monday, September 15, 2008

Sekalian alam!

Hari Jumaat ni dijangkakan akan diadakan satu majlis makan-makan sempena berbuka puasa. Tidak wajib ataupun jatuh hukum batal puasa kepada sesiapa yang tidak hadir. Sekadar dapat memeriahkan majlis buka puasa runcit-runcitan ja.

Venue : Tasik Guthrie / Sime Darby
Tarikh : 19 September 2008
Bayaran : Max RM10
Juadah : Yang berkaitan
Masa : Sebelum azan Maghrib - Sebelum Tawarikh....Tarawikh

Majlis simple as pimple ini dianjurkan untuk melampiaskan rasa simpati untuk kawan-kawan yang bakal habis belajar pada semester ini. Tiada membabitkan keuntungan penganjur semata-mata. Ini majlis amal. Non-profit oriented.

So, kepada sesiapa yang nak ranjau member yang dah nak habis belajar ini, sila la bawa perkakas prank sendiri (e.g. Tepung, serbuk kari, milo peram) kerana pihak penganjur tidak menyediakan.

Segala kemerajukan member-member anda bukan di bawah tanggungjawab kami.

Untuk segala pertanyaan dan pendaftaran, hubungi:

Auzani (Jan) - +60199831610 atau Shahrir (Muffler) +60123964657

AddThis Social Bookmark Button


BAJU "FLOOD BATCH" IS ON THE WAY! CEKIDAUT!  

Sunday, September 14, 2008



Haa....Korang weh! Baju yang dulu kita sama-sama idam-idamkan dah keluar design dah ni. Moga-moga baju ini mengingatkan kita zaman masa kita sama-sama nak daftar masuk kampus dulu. Susah-susah redah banjir semata-mata nak belajar dekat dalam ni aja.
~
Buat tempahan anda sekarang!
~
Rujuk: Muffler - +60123964657 atau Auzani (Jan) +60199831610
~
~

AddThis Social Bookmark Button


FIRST SHOOT!  

BANG! BANG!

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster