REVEALED (1)  

Friday, October 31, 2008

First revealed of all picture. Ini cuma sebahagian gambar dari beberapa buah kamera yang ada petang itu. So, kita bercerita dahulu tentang gambar-gambar ini, okay?


Ini adalah geng bakar ayam batch (1) yang mula membakar seawal jam 4pm. Geng ini membantu dalam menghidupkan bara bakar dan setting tempat bakar.


Ini adalah antara tetamu yang paling awal datang. Mereka datang dengan perut yang berkeroncong. Sebelum perut dapat makanan, aksi camwhore pun mengambil tempat. Ok, check out mamat baju hitam tu. Jangan terperanjat jika di dalam gambar-gambar akan datang penuh dengan wajahnya.


Ini pula antara geng-geng yang terlibat dalam proses belakang tabir last minute. Dari menyediakan meja makan sehingga-lah ke proses pengupasan epal. Tapi Ezora di belakang sana tu, akan kekal cekak pinggang sampai semua kerja habis. Macam mandur pula. Atau tak reti kupas epal? :p


Ini adalah geng bakar ayam batch (2) mula mengambil tempat bila geng bakar ayam batch (1) sudah separuh rentung dan berbau asap. Geng ini sangat ramai tetapi ada juga beberapa orang yang tidak berbau asap.


Ini adalah sebahagian (lebih kurang 60 orang) dari batch banjir. Walaupun tak ramai, majlis tetap meriah dengan lawak-lawak sengal dalam proses camwhoring.
[+] Makcik-makcik tu, tolong jaga anak dan laki masing-masing ye. Takut ada yang jatuh tasik ke rentung kena BBQ ke...


Sempena hari terakhir bulan Ramadhan, maka peluang tidak dilepaskan untuk bermain bunga api sisa-sisa peninggalan adik-adik dorang yang dah bosan main bunga api. Tapi ok gak what main (bunga api) ramai-ramai gini. Mengeratkan silaturrahim, kan? Yang datang lenggang, best la dapat main (bunga api) free.


Aksi camwhoring secara berjemaah, mengganti solat maghrib secara berjemaah. Berebut-rebut nak bergambar, mengalahkan mangsa kebuluran mendapatkan bekalan makanan.


Last but not least, camwhoring dari student Accounting. Dapat la merasa bergambar bersama walaupun geng tak cukup sebab ada yang dah balik, tengah bakar ayam, tengah makan "hati" , tengah dok pulun study. Ha...Ha...Ha...

AddThis Social Bookmark Button


THE LAST CURTAIN  

Saturday, October 25, 2008

Ayuh kawan-kawan mana yang duduk atas kerusi di luar kampus atau duduk bersila di kawasan kampus!

Mana yang terbaca pengumuman ini, mana yang terbuka blog ini, sila sebarkan kepada rakan batch banjir yang lain. Ini penting!

Satu pesta makan-makan berbayar akan dianjurkan oleh kawan-kawan kita juga. Ini bukan berorientasikan wang semata-mata seperti kebiasaan pelajar. Ini Betul-betul mahu tolong kawan-kawan.

Sila realisasikan harapan ini!

THE LAST CURTAIN - MAKAN-MAKAN SEMPENA SEMESTER AKHIR KITA BERSAMA
Tarikh : 29 Oktober 2008
Hari : Rabu
Masa : 5pm (kalau nak datang awal, tolong masak-masak, adalah dialu-alukan.)
Dresscode : Baju Batch Banjir
Bayaran : RM8 per orang

Sila konfemkan kehadiran anda (serta bayaran sekali) kepada wakil-wakil kami sebelum 27 Oktober 2008, Ahad ini.

Hubungi : Muffler (Sime Darby), Norman (Sime Darby), Jiji (Sime Darby), Sham (Eon), Ucop (MISC), Athori (Sime Darby).

Pengangkutan tidak disediakan.

REALISASIKAN TAU!

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster